Thursday, December 9, 2010

Sejarah kehidupan khulafa ar-rasyidin

Abu Bakar Ash-sidiq r.a

Abu bakar r.a selalu sabar dengan semua kesusahan yg dia hadapi,dia menganggap semua kesusahan itu mudah selagi untuk kepentingan agama islam yg dicintai,rela membelanjakan hartanya,mengorbankan kedudukannya,dan rela memberi apa sahaja yg mahal mahupun yg murah dijalan allah hingga akhirnya dia mendapat gelaran Ash-sidiq.

Umar Al-Khattab r.a

Umar Al-khattab r.a terpaksa mengakhiri hidupnya dengan berlumuran darah di mihrabnya selepas satu kehidupan yg penuh dengan jihad,pengorbanan,kezuhudan,kewarakan dan penegakan keadilan di antara umat manusia.

Usman Bin Affab r.a

Usman Bin Affan r.a dibokong ketika sedang membaca al-quran.nyawanya pergi sebagai ongkos atas prinsip-prinsip dan misi kekhilafannya

Ali Bin Abi Talib r.a

Ali Bin Abi Talib r.a dibunuh secara licik di masjid malah oleh kerana sifatnya yg agung,peran yg patut dicontoh berupa pengorbanannya,tebusan nyawa yg dijaminkannya,pertolongan yg diberikannya dan kebenaran yg ditegakkannnya.

inilah serba sedikit sejarah hidup para sahabat rasulullah s.a.w yg cinta akan agama islam ini sehingga sanggup mengorbankan harta mahupun nyawa semata-mata ingin menegakkan syiar islam.Kita seharusnya mengambil pengajaran dalam sejarah kehidupan khulafa ar-rasyidin sbg panduan hidup kita dalam mentaati suruhan perintah allah s.w.t.
semoga ada manfaatnya =D

No comments:

Post a Comment